Thursday, 13 December 2012

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

ASSALAMUALAIKUM...Bahan Bantu Mengajar merupakan sesuatu yang dapat membantu kelancaran proses P & p. Ianya penting bagi memudahkan pelajar memahami isi pembelajaran tanpa rasa boring dengan kaedah yang biasa tanpa BBM. Disini saya ingin kongsikan BBM yang telah saya hasilkan..Inilah rupa BBM tersebut...


Disini saya akan kongsikan cara-cara untuk membuatnya.

Langkah 1.
Ambil gambar komponen rama-rama. Kemudian tampalkan gambar tersebut ke atas kertas kotak. Selepas itu gntingkan gambar tersebut mengikut bentuk supaya namapak lebih real. 











Langkah 2
Setelah siap menggunting semua gambar, kita hendaklah menampal salotape pada kertas kotak. Kedudukan gambar tersebut perlu di setting dahulu supaya ia nampak lebih tersusun dan menarik..


Langkah 3
Kemudiannya, kita bolehlah membuat anak panah dan label untuk memunjukkan perubahan kitaran ini. Untuk proses penampalan, kita hendaklah membuat setting yang baik supaya ianya namapak tersusun.



Langkah 4
Dan akhirnya kita bolehlah membuat bekas untuk meletakkan gamba-gambar yang boleh diselaraskan tersebut. Bagi membuatnya, saya gunakan kertas bewarna bagi menampakkan kontranya.








Dan hasilya....























Wednesday, 12 December 2012

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Assalamualaikum...Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman tentang PDK iaitu Program Pemulihan Dalam Komuniti. Bagi memnuhi subjek GGGE2174 kami perlu mengunjungi PDK untuk membuat program kami sendiri. Program yang ingin dibuat mestilah diluluskan oleh pensyarah kami dan penyelia PDK. Kumpulan saya telah memilih PDK Hulu Klang untuk dikunjungi. Disini saya akan ceritakan tentang pengalaman berkunjung ke sana...

   PDK menempatkan golongan pelajar OKU yang tidak diterima oleh sekolah kerana ketidakupayaan mereka yang agak teruk. Kami telah merancang aktiviti bagi memenuhi kehendak kursus dan telah membuat program pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka.
 
   Bagi memudahkan proses P&P pelajar telah dibahaigan kepada tahap kemampuan mereka. Mereka telah dibahagikan kepada palsy selebrum, masalah pembelajaran (LD) dan autisme. Kami perlulah membuat perancangan pengajaran yang kursus terhadap 3 kategori yang telah dibahagikan itu.

   Pada minggu ini, kami telah menfokuskan pada topik mengenal warna dan cara-cara untuk berwarna. Bagi pelajar masalah pembelajaran, kami telah membuat huruf-huruf yang besar untuk mereka warnakan...




Proses ini amat sukar kerana mereka susah untuk memegang pensil warna dan tidak memahami konsep mewarna. Kami perlu memberikan pemerhatian yang secukupnya kerana pelajar cepat bosan untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

    Bagi pelajar selebral palsi pula, kami telah memilih kaesah yang berlainan. Kami telah mencelup jari mereka ke dalam pewarna, kemudiannya memegang jari mereka untuk proses mewarna. Kami juga telah menggunakan daun dengan menekupkannya kedalam pewarna untuk ditekupkan ke atas kertas..Ini sedikit gambarnya.....







Bagi pelajar autisme pula, kami telah membuat perancangan dengan meminta mereka menggulung tisu untuk ditampalkan ke dalam lukisan berkotak yang telah kami lukiskan.. Menyedari sikap cepat bosan mereka, kami juga telah membuat penekupan syiling dengan mewarnakannya..Lihat saja gambar ini.....





dan hasilnya.........


  Seperti kebiasaannya, 30 minit sebelum pulang kami mengadakan senamrobik yang melibatkan pelajar kanak-kanak dan golongan dewasa. Mereka sangat seronok dengan senamrobik yang telah kami ketengahkan..kalau tak percaya,silalah tengok..................










   Ha...mesti anda pun terjoget sama melihat telatah pelajar istimewa in..Memandangkan terlalu banyak lagi kerja yang perlu disiapkan, saya sudahkan coretan setakat ini dahulu.. Lagipun aktiviti PDK untuk minggu depan belum difikirkan lagi....ada apa-apa idea??????????






Gambar Untuk Subjek Teknologi Pendidikan











Assalamualaikum....hem..kali pertama belajar mengambilk gambar..selama ni aku ambik sesuka hati je..cantik mata aku pandang kira ok la tu..tapi sekarang subjek teknologi ni dah banyak memberi pengajaran tentang mutu sesuatu gambar..Jadi ini adalah sebahagian dari gambar yang telah aku tangkapkan..