PDK menempatkan golongan pelajar OKU yang tidak diterima oleh sekolah kerana ketidakupayaan mereka yang agak teruk. Kami telah merancang aktiviti bagi memenuhi kehendak kursus dan telah membuat program pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka.
Bagi memudahkan proses P&P pelajar telah dibahaigan kepada tahap kemampuan mereka. Mereka telah dibahagikan kepada palsy selebrum, masalah pembelajaran (LD) dan autisme. Kami perlulah membuat perancangan pengajaran yang kursus terhadap 3 kategori yang telah dibahagikan itu.
Pada minggu ini, kami telah menfokuskan pada topik mengenal warna dan cara-cara untuk berwarna. Bagi pelajar masalah pembelajaran, kami telah membuat huruf-huruf yang besar untuk mereka warnakan...
Proses ini amat sukar kerana mereka susah untuk memegang pensil warna dan tidak memahami konsep mewarna. Kami perlu memberikan pemerhatian yang secukupnya kerana pelajar cepat bosan untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
Bagi pelajar selebral palsi pula, kami telah memilih kaesah yang berlainan. Kami telah mencelup jari mereka ke dalam pewarna, kemudiannya memegang jari mereka untuk proses mewarna. Kami juga telah menggunakan daun dengan menekupkannya kedalam pewarna untuk ditekupkan ke atas kertas..Ini sedikit gambarnya.....
Bagi pelajar autisme pula, kami telah membuat perancangan dengan meminta mereka menggulung tisu untuk ditampalkan ke dalam lukisan berkotak yang telah kami lukiskan.. Menyedari sikap cepat bosan mereka, kami juga telah membuat penekupan syiling dengan mewarnakannya..Lihat saja gambar ini.....
dan hasilnya.........
Seperti kebiasaannya, 30 minit sebelum pulang kami mengadakan senamrobik yang melibatkan pelajar kanak-kanak dan golongan dewasa. Mereka sangat seronok dengan senamrobik yang telah kami ketengahkan..kalau tak percaya,silalah tengok..................
Ha...mesti anda pun terjoget sama melihat telatah pelajar istimewa in..Memandangkan terlalu banyak lagi kerja yang perlu disiapkan, saya sudahkan coretan setakat ini dahulu.. Lagipun aktiviti PDK untuk minggu depan belum difikirkan lagi....ada apa-apa idea??????????
No comments:
Post a Comment