Thursday 29 November 2012

PROSES PENEMPATAN PELAJAR MASALAH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS


 

Langkah  1: Mula


 Kanak-kanak disyaki mengalami masalah pembelajaran oleh guru atau ibu bapa.

Langkah 2: Mengenalpasti

 Mengenalpasti kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah kurang upaya.Pengesahan murid berkeperluan khas oleh pengamal perubatan di hospital kerajaan, pusat kesihatan atau klinik swasta bagi tujuan penempatan, dan mendapatkan saringan awal daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

 Langkah 3: Pendaftaran

  • Daftarkan kanak-kanak kurang upaya dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan pendidikan bersesuaian.

  •  Juga daftarkan kanak-kanak kurang upaya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan bersesuaian.

 Langkah 5: Kelayakan

  • Kanak-kanak kurang upaya yang disahkan telah bersedia ke sekolah akan disaring di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri untuk tujuan penempatan.

  • Kanak-kanak yang disahkan belum bersedia ke sekolah, mempunyai kecacatan yang serius, ataupun tidak layak syarat-syarat kemasukan Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia, akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti (PDK).

Langkah 4: Penempatan

Murid akan diberi peluang penempatan sama adalah Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pendidikan Khas Integrasi. Penempatan akan dibuat berdasarkan alamat yang terdekat dengan sekolah atau Program Pendidikan Khas.

 Langkah 5: Tempoh Percubaan

 Murid yang ditempatkan dengan Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia diberi tempoh percubaan selama 3 bulan.

 Langkah 6: Kekekalan

 Selepas tempoh percubaan, murid yang berjaya mengikuti Program Pendidikan Khas akan dikekalkan dalam program. Murid yang gagal mengikuti Program Pendidikan Khas KPM akan dirujuk balik kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti (PDK).

4 comments:

  1. bagus la...blog yg penuh pengisian

    ReplyDelete
  2. Tk atas info..saya ada anak masalah pembelajarn..skrg menunggu kemasukn ke sek men.skrg belajar di sek ren. Biasa
    Cadang nk hantar ke sm pend khas

    ReplyDelete
  3. Tk atas info..saya ada anak masalah pembelajarn..skrg menunggu kemasukn ke sek men.skrg belajar di sek ren. Biasa
    Cadang nk hantar ke sm pend khas

    ReplyDelete