Thursday 29 November 2012

PROSES PENEMPATAN PELAJAR MASALAH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS


 

Langkah  1: Mula


 Kanak-kanak disyaki mengalami masalah pembelajaran oleh guru atau ibu bapa.

Langkah 2: Mengenalpasti

 Mengenalpasti kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah kurang upaya.Pengesahan murid berkeperluan khas oleh pengamal perubatan di hospital kerajaan, pusat kesihatan atau klinik swasta bagi tujuan penempatan, dan mendapatkan saringan awal daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

 Langkah 3: Pendaftaran

  • Daftarkan kanak-kanak kurang upaya dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan pendidikan bersesuaian.

  •  Juga daftarkan kanak-kanak kurang upaya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan bersesuaian.

 Langkah 5: Kelayakan

  • Kanak-kanak kurang upaya yang disahkan telah bersedia ke sekolah akan disaring di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri untuk tujuan penempatan.

  • Kanak-kanak yang disahkan belum bersedia ke sekolah, mempunyai kecacatan yang serius, ataupun tidak layak syarat-syarat kemasukan Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia, akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti (PDK).

Langkah 4: Penempatan

Murid akan diberi peluang penempatan sama adalah Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pendidikan Khas Integrasi. Penempatan akan dibuat berdasarkan alamat yang terdekat dengan sekolah atau Program Pendidikan Khas.

 Langkah 5: Tempoh Percubaan

 Murid yang ditempatkan dengan Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia diberi tempoh percubaan selama 3 bulan.

 Langkah 6: Kekekalan

 Selepas tempoh percubaan, murid yang berjaya mengikuti Program Pendidikan Khas akan dikekalkan dalam program. Murid yang gagal mengikuti Program Pendidikan Khas KPM akan dirujuk balik kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti (PDK).

ISU PENEMPATAN PELAJAR MASALAH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS


 ISU-ISUNYA ADALAH.......
         Isu penempatan pelajar Pendidikan Khas senantiasa menjadi perdebatan dalam kalangan guru Pendidikan Khas, pihak pentadbir serta ibubapa.Pelbagai punca menjadi sebab perdebatan ini.Namun bagi pihak ibubapa, masih wujud penafian bahawa anak mereka perlu dimasukkan ke kelas Pendidikan Khas.Hakikat bahawa anak mereka harus ditempatkan ke kelas Pendidikan Khas adalah sesuatu yang sukar untuk diterima oleh kebanyakan ibubapa.Oleh itu, untuk mengurangkan ketegangan inilah, kriteria dan instrument pemilihan perlu sesuai dengan kepelbagaian kategori murid.Ini kerana, umum mengetahui bahawa setiap murid adalah berbeza daripada aspek kognitif, emosi dan afektif.Oleh yang demikan, cara penilaian mereka juga sudah semestinya berbeza dan bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka. Instrumen penempatan sedia ada yang disarankan oleh pihak kementerian tidak semestinya mencakupi semua murid, terutama sekali, murid dalam kategori masalah pembelajaran. 
     
  Seterusnya isu penempatan tertumpu kepada tentang proses kelulusan bagi menempatkan pelajar. Pihak ibubapa sangsi dengan proses yang dibuat terhadap anak mereka apabila proses yang sementara yang mengambil masa cuma sehari untuk 

 

Cadangan penempatan tersebut perlu dirujuk kepada doktor atau pakar yang berkelayakan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.Pada tahun 90an hanya doktor pakar kanak-kanak atau pakar psiktatri sahaja yang layak membuat ujian penempatan. Ianya mengambil masa dari dua minggu hingga ke sebulan  sebelum mengesahkan kecacatan untuk yang dialami oleh murid tersebut. Selain daripada beberapa siri pemeriksaan murid tersebut perlu menjalani beberapa sesi terapi dan tahap kematangan pemikirannya akan dikukur. Begitulah sukarnya mendapatkan kelulusan dari pihak doktor.

Isunya ialah sangat berbeza pada masa kini kerana dalam masa sehari doktor boleh mengesahkan penempatan untuk murid. Ibu bapa selalu merungut pihak hospital tidak menjalankan rawatan secara terperinci . Lebih malang lagi ada doktor yang tidak ada pengetahuan langsung dalam bidang  Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ada sebahagian murid yang dari katogeri lembam atau slow learner ditandakan sebagai terencat akal. Malahan ada murid down sindrom ditandakan sebagai slow learner. Hal yang sedemikian mendatangkan masalah dalam kalangan guru  menentukan kumpulan belajar atau kelas bagi murid tersebut.  Sangat meragukan pula ialah kenapa sekarang mana-mana doktor di poliklinik boleh membuat pengesahan tersebut tanpa merujuk kepada pakar-pakar yang berkelayakan.Senario inilah yang menjadikan masalah utama dalam penempatan murid Pendidikan Khas.Kita tidak mempertikaikan kewibaan doktor tersebut tetapi masih kedengaran rugutan dari penjaga bahawa tidak ada sebarang pemeriksaan dan ujian yang dijalankan oleh pihak poliklinik memadai dengan instrument yang dibekalkan oleh pihak guru.

      Kebimbangannya ialah salah penempatan akan menyebabkan murid tersebut dibafikan hak mereka dalam mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Contohnya isu mengenai murid pemulihan yang ditempatkan ke dalam kelas Pendidikan Khas atau sebaliknya.Kaddangkala keputusan doktor tersebut terpaksa kita abaikan kerana keputusan penempatan yang tidak sesuai.Kebanyakan doktor tidak faham program yang berkaitan dengan perkataan integrasi, inklusif, masalah pembelajaran, kelas biasa, kelas pemulihan dan Pemulihan Dalam Komuniti.

PANDUAN MENGISI DATA BAGI RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS



GARIS PANDUAN PENULISAN BORANG RPI
A. Isikan maklumat murid
1. Nama (HURUF BESAR)
2. Jantina
3. Keturunan
M – Melayu
C – Cina
I – India
K – Kadazan
B – Iban
L - Lain-lain
4. Tarikh Lahir
5. Umur
6. No pendaftaran OKU (Rujuk Kad OKU)
7. Kelas
Kelas mengikut penempatan
8. Tarikh Mula (Tarikh Perlaksanaan)
9. Tempoh Perlaksanaan. Jangka masa RPI dilaksanakan. (Contoh:- Dicadangkan 1 Tahun: Januari 2010 hingga Disember 2010)
10. I) Kategori : Ikut kecacatan murid (Setiap pada boring BPKKK 1 (Pin. 2003) – Laporan perubatan
II) Nyatakan kategori yang spesifik
a) Masalah Pembelajaran : Specific Learning Disability
Speech or Language Impaired
Mentally Retarded
Emotionally Disturb
Slow Learner
Cerebral Palsy
ADHD
Down Snydrome
Dan lain-lain (Nyatakan)
b) Masalah Pendengaran :
Profound
Severe
Moderate
Mild
c) Masalah Penglihatan :
Low Vision
Total Blind

d) Pelbagai Kecacatan : (Nyatakan)

11. Penempatan Ikut Program

12. Nama Sekolah

B. Latar Belakang Pendidikan / Perubatan / Tingkah Laku / Sosial
Aspek yang berkaitan dengan keperluan

1. Sumber Maklumat ( Doktor, terapi, ibu bapa, guru mata pelajaran, dlln)
2. Tarikh (Perjumpaan dengan sumber member maklumat berdasarkan B-1)
3. Ringkasan Laporan (Keterangan daripada sumber maklumat ringkas dan tepat serta berfokus kepada RPI)

C. Analisis Penguasaan dan Kelemahan Murid
1. Bidang Penguasaan (Pengetahuan/kelebihan sedia ada murid)
2. Bidang Keperluan (Aspek utama yang menghalang murid proses pengajaran dan pembelajaran murid contohnya: urus diri, tingkah laku, masalah pertuturan)
3. Memerlukan khidmat bantu ( perubatan/peribadai) – sekiranya ia Ya, nyatakan bantuan yang diperlukan contohnya: bantuan pertuturan juru pulih anggota dan lain-lain.
4. Keperluan Peralatan khas (contohnya kerusi roda , brailler, alat bantuan pendengaran, dll)
D. Rancangan RPI (*Bulatkan RPI yang dibina mengikut semester)
1. Matlamat (DIcadangkan 1 tahun)
2. Tarikh Mula (Tarikh pembinaan RPI)
3. Objektif Jangka Pendek (Kemahiran yang ingin dicapai dalam jangka waktu terdekat)
4. Strategi/pendekatan (contohnya tunjuk cara, sesi soal jawab, bimbingan fizikal, bimbingan lisan dlln)
5. Penilaian semasa/tarikh (contohnya pemerhatian, skor ujian, lembaran kerja, dlln)/ (Tarikh penilaian dijalankan atau dilaksanakan)
E. Semakan Pencapaian Murid
i) Untuk Semester 1 ii) Untuk Semester 2
1. Pencapaian (Boleh diukur contohnya 10 daripada 15 soalan betul, peratus kemajuan yang telah dicapai, perubahan tingkah laku, dlln.
2. Pendekatan berkesan (Contohnya belajar menggunakan computer, muzik, teka-teki, dllm
3. Rumusan/Cadangan
- Tindakan susulan guru dan ibu bapa di rumah
- Pelbagaikan aktiviti menggunakan computer, muzik, dll
4. Tarikh Semakan
- 2 kali setahun
- Dicadangkan Jun dan Oktober
F. Pengesahan Ahli Jawatankuasa Pembina RPI
1. Nama Ahli
· Semua yang terlibat dengan murid berkenaan. (Contoh, pentadbir, guru kelas, guru mata pelajaran, kaunselor, guru disiplin, doctor, pembantu pengurusan murid dan lain-lain
· Penglibatan semua ahli jawatankuasa amatlah digalakkan
· RPI tetap dilaksanakan walaupun hanya 2 atau 3 ahli jawatankuasa sahaja terlibat
2. Jawatan/Gelaran
· Contoh, guru besar, doctor pakar, penolong kanan pendidikan khas, penyelaras, guru kelas, pembantu pengurusan murid, dlln
3. Tarikh (Tarikh perjumpaan ahli jawatankuasa RPI)
4. Tandatangan (Untuk Pengesahan)
G. Perancangan Transisi
1. Prasekolah
· Awal kemasukan, contohnya transisi dari rumah ke sekolah. Fokus kepada kemahiran urus diri dan bersosial
2. Ke Sekolah rendah
· Tumpuan kepada kemahiran hidup berdikari, pengusaan 3M dan aktiviti sukan dan seni
3. Ke Sekolah Menengah
· Tumpuan kepada kemahiran hidup berdikari, peneguhan penguasaan 3M, aktiviti sukan dan seni ke tahap yang lebih tinggi
4. Ke Kerjaya / Dewasa
· Penekanan kemahiran vokasional sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan dan hidup berdikari

Wednesday 14 November 2012

CIRI-CIRI PELAJAR MASALAH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS

4.1 Ciri Kognitif
Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.

4.2 Ciri Akademik
Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia.
Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Pelajar yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.
Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.
Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun, kemahira menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.
Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.

4.3 Ciri Sosial dan Emosi
Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka. Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan mereka dalam hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.

4.3.1 Kemahiran Sosial yang Lemah
Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.
Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.

4.3.2 Motivasi
Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka.

4.4 Ciri Tingkah Laku
Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar

PENAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Segala maklumat yang diperolehi oleh pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.



Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini direkodkan dalam pelbagai bentuk seperti jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Tujuan dalam pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran mengenai tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis dan sebagainya. Selain itu juga, melalui pentaksiran , kita juga dapat mengesan dan mengenalpasti punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.


Dalam pentaksiran proses yang terlibat terdiri daripada lima komponen utama iaitu pengumpulan, analisis, penilaian, penentuan dan cadangan. Bagi pengumpulan, proses yang terlibat ialah mengesan dan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber latar belakang maklumat seperti rekod sekolah, sejarah perubatan dan sebagainya. Bagi proses analisis, tindakan yang perlu diambil ialah melibatkan pemprosesan dan kefahaman mengenai corak sejarah pendidikan, social , perkembangan , persekitaran , perubatan dan emosi murid.


Bagi penilaian pula, penilaian meliputi aspek akademik, emosi, persepsi, bahasa, fisiologi, kognitif dan perkembangan perubatan untuk menentukan tahap kekuatan dan kelemahan. Bagi proses penentuan pula, tindakan yang perlu diambil ialah penentuan cirri-ciri ketidakbolehan murid dan pengetahuan tentang criteria bagi setiap kategori kanak-kanak pendidikan khas. Bagi cadangan pula, proses ini melibatkan penempatan pendidikan dan program yang perlu dijalankan oleh guru sekolah dan guru kepada ibu bapa.


Menurut Peirangelo & Giullian, G (2006) , tujuan pentaksiran adalah untuk pemeriksaan dan pengenalpastian. Selain itu, pentaksiran juga bertujuan untuk menentukan kelayakan dan melakukan diagnosis serta dalam perancangan pengajaran dan penilaian.

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN


Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut:-

•Kebolehan Kognitif
 •Tingkah Laku Sosial / Perkembangan Sosial
 •Pengguasan Bahasa ( Lisan / Pertuturan)
 •Keupayaan Membaca
 •Kemahiran Perkembagan (Development Skills)
 •Kemahiran Matematik
 Antara kecacatan yang dialami oleh Kanak-Kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
 •Lembam ( akibat kecacatan otak)
 •Autistik
 •Dowm Sindrom
 •Terencat Akal Ringan
 •Terencat Akal Sederhana
 •Hiper Aktif
 •Hipo Aktif
 •Cerebral Palsy
 •Emosi / Tingkah Laku
 •Pertuturan
 •Epilepsi
 •Pelbagai Kecacatan