Seterusnya isu penempatan tertumpu kepada tentang proses kelulusan bagi menempatkan pelajar. Pihak ibubapa sangsi dengan proses yang dibuat terhadap anak mereka apabila proses yang sementara yang mengambil masa cuma sehari untuk
Cadangan
penempatan tersebut perlu dirujuk kepada doktor atau pakar yang berkelayakan
seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.Pada tahun 90an hanya doktor
pakar kanak-kanak atau pakar psiktatri sahaja yang layak membuat ujian
penempatan. Ianya mengambil masa dari dua minggu hingga ke sebulan sebelum mengesahkan kecacatan untuk yang
dialami oleh murid tersebut. Selain daripada beberapa siri pemeriksaan murid
tersebut perlu menjalani beberapa sesi terapi dan tahap kematangan pemikirannya
akan dikukur. Begitulah sukarnya mendapatkan kelulusan dari pihak doktor.
Isunya
ialah sangat berbeza pada masa kini kerana dalam masa sehari doktor boleh
mengesahkan penempatan untuk murid. Ibu bapa selalu merungut pihak hospital
tidak menjalankan rawatan secara terperinci . Lebih malang lagi ada doktor yang
tidak ada pengetahuan langsung dalam bidang
Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ada sebahagian murid yang dari katogeri
lembam atau slow learner ditandakan sebagai terencat akal. Malahan ada murid
down sindrom ditandakan sebagai slow learner. Hal yang sedemikian mendatangkan
masalah dalam kalangan guru menentukan
kumpulan belajar atau kelas bagi murid tersebut. Sangat meragukan pula ialah kenapa sekarang
mana-mana doktor di poliklinik boleh membuat pengesahan tersebut tanpa merujuk
kepada pakar-pakar yang berkelayakan.Senario inilah yang menjadikan masalah
utama dalam penempatan murid Pendidikan Khas.Kita tidak mempertikaikan kewibaan
doktor tersebut tetapi masih kedengaran rugutan dari penjaga bahawa tidak ada
sebarang pemeriksaan dan ujian yang dijalankan oleh pihak poliklinik memadai
dengan instrument yang dibekalkan oleh pihak guru.
Kebimbangannya
ialah salah penempatan akan menyebabkan murid tersebut dibafikan hak mereka
dalam mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Contohnya isu mengenai murid
pemulihan yang ditempatkan ke dalam kelas Pendidikan Khas atau
sebaliknya.Kaddangkala keputusan doktor tersebut terpaksa kita abaikan kerana
keputusan penempatan yang tidak sesuai.Kebanyakan doktor tidak faham program
yang berkaitan dengan perkataan integrasi, inklusif, masalah pembelajaran,
kelas biasa, kelas pemulihan dan Pemulihan Dalam Komuniti.
No comments:
Post a Comment